::: SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BELANJA :::
SKTB CEMERLANG ASAS PERAK GEMILANG
  SEJARAH PENUBUHAN 
q Telah dibina pada Ogos 1925 dan siap digunapakai pada tahun 1926.  Bangunan ini telah dibina dengan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti batang pinang , atap rumbia dan buluh di atas lot tanah 4460 seluas 4 ekar 2 rode 18 pole

q Guru Besar pertama Sek . Keb . Tanjong Belanja merupakan En. Abu Hassan B. Zakaria dan jumlah murid pada tahun tersebut adalah seramai 37 orang .

q Ku- kurikulum pertama yang diajar di Sek . Tanjong Belanja adalah seperti Congkak , Kali-Kali, Ilmu Bumi , Karang Kirim , Tulisan , Kaji Alam , Lukisan dan Tawarikh Sementara Ko-kurikulumnya pula adalah Bola Sepak (bola getah ), sepak raga dan bola jaring .

q Pada tahun 1928, En. Mohd Ariffin B. Hj . Musa telah menjadi guru besar kedua dan beliau telah berjaya mendirikan sebuah bangunan kekal bagi menggantikan bangunan lama yang telah dibina Beliau telah bertugas sehingga tahun 1948.

q Pada tahun 1970, bendera dan lencana sekolah telah direka dan digunapakai dengan berpaksikan warna bendera Negeri Perak.  Bendera sekolah yang telah direka adalah bersaiz 90cm x 180cm.

q Setelah itu , permbangunan sekolah ini berterusan apabila pada tahun 1978, sebuah bangunan batu pertama telah dibina bersama dengan bangunan kantin Sejajar dengan perkembangan itu , pertambahan murid-murid juga turut bertambah Sehingga kini , pada tahun 2007, Sek . Tanjong Belanja telah dilengkapi dengan Bangunan Makmal Komputer dan Bangunan Pendidikan Khas , dan Padang permainan .